Apa itu penyakit HFMD?

         

Apa itu penyakit HFMD atau penyakit tangan, kaki dan mulut?

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) atau lebih dikenali sebagai penyakit HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Coxsackie
HFMD mendapat namanya dari kudis kecil yang terjadi pada tangan dan kaki, dan dalam mulut.
Kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun sering menghidap jangkitan ini! Tapi, orang dewasa juga boleh terkena virus. 

Adakah penyakit HFMD ini biasa terjadi di Malaysia?

Ya! Kementerian Kesihatan melaporkan penyakit HFMD adalah wabak berkala di kalangan kanak-kanak.
Sejak jangkitan pertama yang dikesan di Malaysia pada tahun 1997, Kementerian telah menutup pelbagai “playschools”, sekolah rendah, pusat penjagaan kanak-kanak atau taska dan tadika untuk membendung penyakit ini.

Bagaimana nak tahu jika bayi saya mengalami penyakit HFMD?

Bayi atau kanak-kanak yang menghidapi penyakit tangan, kaki, dan mulut ini akan berasa tidak sihat
Tanda-tanda virus amat kecil – seperti ada kudis lepuh seperti dalam mulut, tangan dan kaki. Anak anda juga boleh:
Lepuh akibat penyakit ini amat menyakitkan
Malah, bayi yang dijangkiti HFMD mungkin tak mahu menyusu atau makankerana kudis dalam mulut mereka yang sangat menyakitkan.

Adakah saya perlu menghubungi doktor jika saya mengesyaki anak mengalami penyakit HFMD?

Anda harus membawa anak ke hospital untuk pemeriksaan doktor. Dalam kerana yang serius, anak anda mungkin perlu ditahan di hospital.
Walau bagaimanapun, jika demam anak anda melebihi 39 darjah C, dan tak reda selepas empat hingga lima hari – doktor perlu menyemak untuk jangkitan sekunder.
Hati-hati dengan tanda-tanda dehidrasi!
Kadang-kadang bayi tak mahu menyusu kerana lepuh dalam mulut menyakitkan. Jadi, jika bayi anda tak akan makan atau minum dan lampinnya tak basah dalam lebih daripada enam hingga lapan jam, hubungi doktor!

Bagaimana saya boleh menjaga bayi yang sakit akibat penyakit HFMD?

Anda perlu tunggu selama 7 hingga 14 hari untuk penyakit ini reda.
Tapi, jika virus sudah merebak ke tangan, kaki dan mulut, mungkin masa yang lama diperlukan. Walau bagaimanapun, anda boleh menjaga bayi anda dengan cara ini:
  • Di bawah nasihat doktor anda, cuba tangguhkan pemberian paracetamol kepada bayi
  • Gel untuk pertumbuhan gigi juga boleh melegakan kesakitan bayi anda
  • Untuk mengela dehidrasi, terus beri susu badan, formula, atau air dan jus yang dicairkan untuk bayi yang sudah besar. 

Sebaik sahaja bayi saya pulih daripada menghidap penyakit HFMD, bolehkah dia dijangkiti semula?

Ya. Seperti selesema, bayi anda akan kebal kepada virus yang sudah menjangkitinya namun, masih banyak lagi virus penyakit tangan, kaki dan mulut.

Adakah penyakit HFMD memberi kesan kepada wanita hamil?

Tiada risiko khas untuk wanita hamil, tapi dalam kes-kes tertentu, janin boleh terjejas
Jika seorang wanita hamil terpaksa menjaga atau memegang seorang kanak-kanak yang dijangkiti dengan penyakit tangan, kaki dan mulut ini, dia perlu membasuh tangan dengan kerap.
Atau mungkin perlu memakai sarung tangan getah jika dia perlu menukar lampin atau melakukan rutin penjagaan bayi yang lain.

sekian
jika ingin menjana pendapatan sampingan hanya dengan menyimpan di bank. klik link untuk info.
http://riderkiller.blogspot.com/2018/06/hanya-simpan-rm500-mampu-memberi.html 

Comments